Keris Bersempuh Emas ( Bab 3)
Bab 3: Panggilan Dari Dalam Suasana kampung pagi itu tenang. Udara segar menyapa dari tingkap terbuka. Di celah dedaun, cahaya bulan yang bersisa masih menyimbah lantai rumah papan tradisional yang berusia lebih 70 tahun itu. Fahmi baru tiba lewat malam tadi. Penat dan lesu, dia terus rebah di atas tilam nipis dalam bilik lamanya. Bau kayu lama dan wangi limau purut mengimbau kenangan zaman kecilnya. Dia akhirnya terlelap… Tok! Tok! Tok! Suara ketukan lembut disusuli suara yang sangat dikenalinya. "Fahmi… bangun nak. Solat subuh dulu." Fahmi membuka mata perlahan. Suara Tok Wan kedengaran dari luar pintu. Dia bingkas bangun, membasuh muka dan bersiap. Tak lama kemudian, mereka solat berjemaah di ruang utama rumah. Bacaan Tok Wan merdu dan tenang, membawa satu ketenangan yang sudah lama Fahmi tidak rasai. Usai solat, mereka duduk berteleku, berzikir perlahan. "Fahmi, macam mana hidup kau di universiti? Belajar okay?" Fahmi senyum kecil. "Alham...